Saturday, November 14, 2009
Kenapa aku jer yang kesah?
Aku tak berapa paham la fungsi HEP(bukan Hal Ehwal Pengguna) yang wujud di kolej ni. Sikit pon tak kesah pasal apa yang berlaku di Islamic Centre(IC) , nama ni pon HEP yg kasi. Dorg tak penah pikir ke kemudahan yang patut ada di situ (IC).
Tak kan nak serahkan semua benda tu bawah kelolaan Unit Surau yg hanya serpihan tu. Aku sekadar bertanya kepada mereka soal solat jumaat dan keperluan serta kemudahan yang patut ada di IC, seperti sejadah, al Quran dan last sekali berkenaan Mimbar untuk solat jumaat. Alih2 dorg kata gunakanlah apa yang ada.
Aku tau, mimbar tu bukan menjadi keutamaan sangat2, tapi sambil bile kan? tak kan nak gunakan rostrum yang berbungkus kain dan berlantai playwood tu tanpa diganti dengan mimbar yang menampakkan sedikit keselesaan. Aku suggest kat diaorang kenapa tak mohon peruntukan daripada kolej untuk tujuan tersebut?
Tapi dpd jawapan yang diberikan, nmpak sangat tiada kesungguhan. Kenapa dalam soal berkaitan dengan hal2 sedemikian, pendek benar akal memikirkan, adakah kalian sudah kering printer untuk buat surat permohonan dan kelu lidah mintak seposen dua kepada kolej?.
Kalau diajak dan dipelawa berbincang perkara2 yang berbentuk habuan keduniaan, bingkas pulak bangun menegakkan hujah. Tak kesah pula habis berbelas ribu untuk aktiviti lagha yang tiada manfaat mahupun pahala. Nampak sangat korang tak kesah.
:: Benda ni bukannya susah, cuma korg jer cari alasan kata susah, ker memang korg malas nak amik kesah?
Sunday, November 8, 2009
Tersentuh
Anugerah skrin 2009. Malam ni aku layan satu cerekarama " Sejadah Dibentang". Menyentuh perasaan. Kisahnyer simple jer. Seorang budak yang terpaksa di jaga oleh bapa saudara selepas kehilangan ibunya yang terlibat dalam kemalangan. Budak tersebut berjaya merubah kehidupan bapa saudaranya yang sosial. Tetiba aku teringatkan kisah Rasulullah SAW yang terpaksa di jaga oleh bapa saudaranya setelah kehilangan orang yang dikasihi. Tentu berbeza bukan kasih sayang ibu bapa kandung jika dibandingkan dengan orang lain? Baginda terpaksa menjalani kehidupan tanpa belaian kasih sayang seorang ibu dan ayah. Aku seharusnya bersyukur kerana tika saat ini, aku masih ada insan yang bernama mak dan abah. Aku masih boleh memanggil nama itu. Baginda?. Sebab itu baginda amat mengasihi anak-anak yatim, kerana baginda pernah merasai bagaimana perasaan kehilangan orang yang tersayang. Aku tak tahu lah kenapa malam ini hati aku tersentuh amat sangat. Tak sedar air mata lelaki ini mudah mengalir. Cukuplah rasanya...
:: Wajah pelakon kanak2 dalam cite ni saling x tumpah mcm anak sedara aku si Iman. Dan watak yang dipegang budak tu ialah Aiman. Nama pon hampir2 nak serupa jer.
Hobin Jang Hobin
Alhamdulillah, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kelantan 3-1. Walaupon penonton Kelantan lebih ramai dpd penonton pasukan rusa, ia tidak bermakna Negeri mudah menyerah kalah. Apa pon, tahniah buat anak didik Wan Jamak (coach NS). Kemenangan ini adalah hadiah buat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu, DYMM Tuanku Muhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir, pemegang takhta yang ke-11 kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Hobin jang hobin...
:: lama jugak rasanya xtgk perlawanan bola secara live kat padang...
Friday, November 6, 2009
Kena Racun
"Awak ni keracunan makanan", balas Dr Poliklinik Nur fatimah. Aku dah agak dah, sejak semalam sampai arini, perut sakit. Dan pagi ni, aku muntah2 pulak, rasanya 4 kali aku muntah. Abis jer subuh tadi lepas bersalaman dengan jemaah. Bingkas aku bangun untuk menghamburkan apa yang ada kat tekak aku pada masa tu. Huish....berteraburlah sayur-sayuran dan bihoon- bihoonan yang aku makan mlm smlm. Aku rasa ia berpunca daripada nasi tomato yang aku beli di pasar malam rabu lepas. Semalam dan arini, aku diberi MC oleh Dr. Nasib baik lah khutbah arini Ust Azhari punya turn, klu turn aku, xtau la apa yang akan jadi nt. Apa pon kena gak terima kasih kat Mus, sebab dia yg tolong hantarkan aku ke klinik. Mekasih Mus. Kalau aku sakit lagi, harap2 kau sudi hantar aku ke klinik..hehe. Ok la, aku nk berehat nih.
::Kawan2 doakan aku sembuh ye....
Sunday, November 1, 2009
Sesak Dada
Ketika saat aku menulis entri ini, dada ni masih sakit dan sesak. Punca? smlm 2.30 ptg lebih kurang bertolak ke negeri Menteri Besar Haram (ape kene nyer yop!!), ada kes gangguan paranormal. Diringkaskan cerita, masa masuk jer rumah pesakit tu, dada aku ni rasa macam sesak sgt2, ni la padahnya kalau tak bersedia betul2 daripada awal, aku pon mengadu pada Ust Ishak (Ketua Ekspedisi Paranormal Ke Felda Besout 2009 - cewah..lebih2 lak aku nih..), pastu ust suruh aku baca apa yang patut. Yang kesiannyer, asalnya nak rawat sorg jer, last2 5 org kena rawat. Dan bole kata semua tu ada gangguan.
Ujian betul buat keluarga tu. Yang uniknya, ada pesakit yang bersilat, berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan ditulis dihelaian kertas. Bayangkan, makhluk Allah yang bernama jin tersebut berada di dalam badan pesakit itu sejak beliau berusia 2 tahun, dan kini beliau sudah mencecah usia 55 tahun, bermakna sudah 53 tahun jin yang berusia 652 tahun tersebut berada di dalam badannya. Yang sorg lagi tu (gadis melayu - 25 tahun) jin di dalam badannya pula sudah berusia 400 tahun, dan berada di badannya sejak beliau berusia 7 tahun. Teringat2 kata ayahanda kepada pesakit tersebut, usianya dihabiskan untuk merawat anak2..Allahu Allah, berilah ketabahan kepadanya.
Bila direnungkan, alhamdulillah, kita patut bersyukur, kerana diberi kesihatan dan nikmat hidup yang aman tanpa gangguan dpd makhluk tersebut - terngiang-ngiang kata2 Ust Ishak kepada kami ketika singgah di R&R. Sampai rumah pon pukul 2.30. Aku berharap moga Allah berikan ketabahan kepada mereka dan diberikan kesembuhan.Amen...
:: nak cari buku Syeikh Wahid Abdul Salam Bali -berkenaan makhluk halus.
Tuesday, October 27, 2009
Al Ghayah
Bukan mudah untuk mempertahankan prinsip. Kadang-kala manusia sanggup berbalah dan bercakaran, sanggup berpisah dan bercerai-berai dan sanggup mati dan berbunuhan kerana prinsip. Tidak semua prinsip itu betul, bukan?dan tidak semua prinsip itu salah. Apakah neracanya? apakah kayu ukurnya untuk menentukan sesuatu prinsip itu betul? Neracanya agama dan nilai kemanusiaan. Tahukan kisah Imam Ahmad ibnu Hanbal, terpaksa meringkuk dalam penjara dan diseksa kerana mempertahankan prinsip. Prinsip yang bertunjangkan al Quran dan Sunnah. Tentu juga kalian maklum perihal kisah wanita hebat bernama Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan prinsip. Hebat bukan kisah mereka itu?Kenapa mereka jadi hebat? kerana prinsipnya. Kerana ideologinya yang diikat kemas dengan keimanan kepada Allah swt. Percayalah, kita juga boleh menjadi hebat seperti mereka. Syaratnya prinsip itu haruslah cocok dengan sistem dan nilai yang bersendikan al Quran dan Sunnah. Kenapa perlu takut dengan prinsip yang sedia ada? Teruskanlah dengan prinsip tersebut selagi mana tidak bertentangan dengan nilai-nilai yang disebutkan tadi. Wallahua'lam
:: ada manusia sanggup melacurkan prinsip yang dipegang kerana mahukan habuan keduniaan.
:: ada manusia sanggup melacurkan prinsip yang dipegang kerana mahukan habuan keduniaan.
Friday, October 23, 2009
Sotong
Bagi yang mempunyai alahan@alergi dengan makanan laut, seharusnya hindarilah daripada memakan hidupan ini iaitu sotong especially bagi yang mengidap resdung. Spesis ini juga sudah dikomersialkan terutamanya di lorong2 gelap dan persekitaran pub dan kelab malam terutamanya di Bukit Bintang, Bangsar dan sekitar Lembah Klang. Jika yang mempunyai alahan akan terkena bila memakannya, tetapi spesis satu lagi ini, sebelum makan pon, sekadar pandang sahaja membuatkan anda akan rasa loya2 dan muntah2. So jauhinya, bagi mengelakkan ianya merebak.
Astaghfirullahal 'azim. Tersentak saya bila terpandang spesis2 ini mundar mandir di perkarangan lobi pentadbiran sebentar tadi. Ada peraih sekitar sini ke? Dressing tak payah cakap la, menjolok mata. Seluar pendek ketat sejengkal setengah daripada pinggang, baju ketat dan ada yang bersinglet, sudah cukup membuatkan insan yang alergi seperti saya ni muntah belilah. Hadirnya saya tadi pon sekadar mahu melihat preparation utk event esok. Namun, keadaan tersebut memaksa untuk saya pulang lebih awal.
Saya baru sahaja habis memberi pengisian di surau tadi. Salah satu point pengisian saya ialah bersyukur atas nikmat2 Allah terhadap diri. Bukankah Allah Taala itu menjadikan kita ini elok dengan segala sifat. Kenapa kita ini begitu mudah mengkufurkan segala nikmat yang diberi dengan menidakkan (tidak bersyukur) pemberian tersebut. Lelaki nak jadi perempuan dan begitulah sebaliknya.Termenung saya memikirkannya. Salah siapa dalam hal ini?Ibu bapa?rakan?persekitaran?pihak berkuasa? atau diri sendiri?. Anda tentu ada jawapannya. Allahu Allah......
:: Ya Allah ampunilah mereka, sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.
Sunday, October 18, 2009
Salam 1 Malaysia
.." Salam sejahtera, salam 1 Malaysia", ungkapan yang disebut oleh pembaca berita TV - RTM.
Firman Allah Taala :
"Hai orang -orang yang beriman,janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumah-rumah kamu sendiri sehingga engkau semua meminta izin lebih dahulu serta mengucapkan salam kepada ahlinya-yakni orang yang ada di dalamnya." (Surah an Nur : 27)
Dari Abdullah bin 'Amr bin al Ash radhiyallahu 'anhuma bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw " Manakah amalan Islam yang terbaik?" Baginda menjawab :" Iaitu engkau memberi makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal." (Muttafaqun 'alaihi)
Disunahkan agar seseorang itu yang memberi salam mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan yang mendengar menjawab "Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"
Jadi di mana sunnahnya salam 1 Malaysia ni? Salam yang punya pahala tidak pula mahu beramal, yang berbentuk bidaah ini (salam 1 Malaysia) beria2 nak diamal. Alangkah ruginya kita, kerana mahu menyahut satu gagasan, kita meninggalkan sunnah baginda saw. Disitu pon bole dinilai betapa jahilnya kita ini. Wahai sahabatku sekalian, teruskankan beramal dengan sunnah nabi walaupon dari sekecil2nya di saat manusia hari ini menuju kehancuran kerana meninggalkannya (sunnah Rasulullah saw).
::Dalam kitab Riyadhus Solihin, al Imam an Nawawi ada membicarakan khusus bab salam. Boleh diperhalusi di dalam kitab tersebut. Wallahua'lam
Subscribe to:
Posts (Atom)
