Sunday, November 8, 2009
Tersentuh
Anugerah skrin 2009. Malam ni aku layan satu cerekarama " Sejadah Dibentang". Menyentuh perasaan. Kisahnyer simple jer. Seorang budak yang terpaksa di jaga oleh bapa saudara selepas kehilangan ibunya yang terlibat dalam kemalangan. Budak tersebut berjaya merubah kehidupan bapa saudaranya yang sosial. Tetiba aku teringatkan kisah Rasulullah SAW yang terpaksa di jaga oleh bapa saudaranya setelah kehilangan orang yang dikasihi. Tentu berbeza bukan kasih sayang ibu bapa kandung jika dibandingkan dengan orang lain? Baginda terpaksa menjalani kehidupan tanpa belaian kasih sayang seorang ibu dan ayah. Aku seharusnya bersyukur kerana tika saat ini, aku masih ada insan yang bernama mak dan abah. Aku masih boleh memanggil nama itu. Baginda?. Sebab itu baginda amat mengasihi anak-anak yatim, kerana baginda pernah merasai bagaimana perasaan kehilangan orang yang tersayang. Aku tak tahu lah kenapa malam ini hati aku tersentuh amat sangat. Tak sedar air mata lelaki ini mudah mengalir. Cukuplah rasanya...
:: Wajah pelakon kanak2 dalam cite ni saling x tumpah mcm anak sedara aku si Iman. Dan watak yang dipegang budak tu ialah Aiman. Nama pon hampir2 nak serupa jer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment